RSS

iman 1st birthday

pada hari ini..24 februari 2008 yg lepas..pukul 10.50 pagi..
ummi selamat melahirkan anakanda tersayang..putera sulung..
Muhammad Iman Aisy Fudhail bin Mohd Faizal..

ni selepas setengah jam dilahirkan..
selamat melihat dunia anakku..
dunia yang penuh dugaan dan cabaran..
pandai2lah dikau bawa diri..
ummi akan pastikan anak mendapat didikan ukhrawi dan duniawi secukupnya..
semoga dikau membesar menjadi anak yang soleh..
yg menegakkan agama seiring hidupnya..
insyaAllah..amin amin ya robbal alamin..


ni pada hari kedua..
anak ummi dah pandai senyum..
pandai tengok ummi..
pandai menyusu..
allhuakbar..subhanallah..
kita berdua sihat sejahtera..
alhamdulillah ya Allah..
Muhammad Iman anakku..
dikaulah anugerah yang terindah buat ummi dan abah..
buat semua ahli keluarga..
yg sentiasa menyayangimu setiap masa..


tengokla betapa kecilnya tapak kakimu anakku..
dilahirkan hanya dengan seberat 2.4kg sahaja..
ummi nak mandikan pun risau ja rasa dulu..
sekejap sahaja masa berlalu..
kaki ini dah mula belajar berdiri..
aktif kesana kemari..
dikau anak yg sihat sayang..
syukur ummi panjatkan kehadrat Ilahi..


iman anak yg senang dijaga..
xmeragam xbanyak kerenah..
menangis bila bersebab saja..
samada lapar atau kembung perut..
bawak berjalan pun xsusah..
terima kasih ya Allah..


Muhammad Iman Aisy Fudhail..
ingatlah bahawa ummi sayang sangat padamu..
semoga iman jadi anak yg soleh..
abang contoh utk adik adik..
berjaya akhirat dan dunia..
sentiasa diberkati dalam redhaNya..
sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayangNya..
insyaAllah...
amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

ezarn said...

selamat hari jadi iman...sedihnya baca.huhu..syahdu

ummiyana said...

tenkiu auntie ezarn..
syahdu sbb xcaya rasa anak dah umor setaun dah..

sirajun munira said...

wahh terharunya k yana...happy birthday iman..semoga smua doa ummi utk iman termakbul..amin

ummiyana said...

thanx auntie ajun..
insyaAllah doakanla ye=)

musafirah_amani said...

salam iman..happy 1st birthday iman(",) Iman jd anak yang soleh ye..tolong umi kemas umah rumah n masak bila dah besar nanti.hehe.auntie alyaa doakan iman berjaya di dunia n akhirat.ameen (",)V

hidayah said...

bertuahnya iman dapat ummi yang penyayang n rajin belajar... nti bila dah besar, rajin2 mcm ummi dia... happy birthday iman...

Muhammad Iman Aisy Fudhail
Nurul Iman Aisya Irdina
Copyright 2010 Iman Inspirasi Ummi. Designed by : EZwpthemes.
Blogger Template Brought to you by Anshul